Friday 28 October 2016

Pertolongan Cemas Untuk Mangsa Lemas (Drowning)

Kelemasan (drowning) adalah apabila seseorang tidak dapat bernafas kerana mulut dan hidung mangsa tenggelam dalam air atau cecair lain

Apa yang perlu anda perhatikan?

-Beri perhatian kepada tahap kesedaran dan pernafasan mangsa!! (sangat penting)

Apa yang perlu anda buat?

1) Senario 1 (mangsa sedar diri dan pernafasan normal)

-Posisikan mangsa dalam keadaan selesa dan selimutkan mangsa dengan tuala atau apa-apa yang berada di sekeliling anda

-Terus perhatikan tahap kesedaran, pernafasan dan nadi, jangan tinggalkan mangsa!

-Panggil ambulan dan hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut

2) Senario 2 (mangsa tidak sedarkan diri)

-Perhatikan pernafasannya

-Jika mangsa tidak sedarkan diri, tapi masih bernafas dengan spontan, letakkan pada posisi pemulihan (recovery position)

-Jika mangsa tidak sedarkan diri, tiada pernafasan spontan, mulakan CPR!


Posisi Pemulihan (recovery position)

Wednesday 26 October 2016

Choking (Tercekik)



Rawatan kecemasan mangsa tercekik (choking)

#Lakukan penilaian (assesment) dengan pantas:-
Adakah mangsa masih sedarkan diri atau tidak?
--Jika tidak sedarkan diri---terus lakukan CPR !
--Jika masih sedarkan diri tetapi mangsa mengalami penyempitan salur pernafasan (tandanya: tidak boleh batuk dengan baik)
---> tepuk belakang mangsa 5 kali, jika masih tak berjaya:-
 --> lakukan Heimlich manouver iaitu berdiri di belakang mangsa, tangan digenggam membentuk penumbuk, letakkan pada bahagian atas pusat.Dengan menggunakan tangan yang satu lagi, paut tangan penumbuk anda ke dalam dan ke bahagian atas badan mangsa  (lihat video)
--Jika mangsa sedarkan diri dan boleh batuk dengan baik, galakkan mangsa untuk batuk untuk mengeluarkan benda asing



Tuesday 25 October 2016

Basic Life Support



CPR sequence:-
Further reading:-
 https://www.resus.org.uk/resuscitation-guidelines/adult-basic-life-support-and-automated-external-defibrillation/

Sekapur Sirih

Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Blog ini diwujudkan atas dasar untuk menyebar-luaskan ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan pertolongan cemas, untuk rujukan ahli-ahli BSM Kuantan serta masyarakat umum.

Ianya juga memaparkan aktiviti-aktiviti BSM Kuantan

Segala yang dipaparkan dalam blog ini tidak semestinya mewakili polisi atau pendirian BSM Pahang atau BSM Malaysia.

Sekian, terima kasih

-Admin Blog