Friday 28 October 2016

Pertolongan Cemas Untuk Mangsa Lemas (Drowning)

Kelemasan (drowning) adalah apabila seseorang tidak dapat bernafas kerana mulut dan hidung mangsa tenggelam dalam air atau cecair lain

Apa yang perlu anda perhatikan?

-Beri perhatian kepada tahap kesedaran dan pernafasan mangsa!! (sangat penting)

Apa yang perlu anda buat?

1) Senario 1 (mangsa sedar diri dan pernafasan normal)

-Posisikan mangsa dalam keadaan selesa dan selimutkan mangsa dengan tuala atau apa-apa yang berada di sekeliling anda

-Terus perhatikan tahap kesedaran, pernafasan dan nadi, jangan tinggalkan mangsa!

-Panggil ambulan dan hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut

2) Senario 2 (mangsa tidak sedarkan diri)

-Perhatikan pernafasannya

-Jika mangsa tidak sedarkan diri, tapi masih bernafas dengan spontan, letakkan pada posisi pemulihan (recovery position)

-Jika mangsa tidak sedarkan diri, tiada pernafasan spontan, mulakan CPR!


Posisi Pemulihan (recovery position)

No comments:

Post a Comment