Wednesday 16 November 2016

Kepentingan AED






Image result for aed

Apa itu AED

AED (Automated External Defibrillator) adalah suatu alat yang ringan, mudah dibawa (portable) yang digunakan untuk memberi kejutan elektrik (electrical shock) kepada jantung.

Kejutan elektrik ini sangat penting dalam kes jantung terhenti (cardiac arrest) untuk menghentikan rentak  jantung yang tidak teratur, dan seterusnya mengembalikannya kepada rentak asal

Masalah jantung terhenti secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest) menyebabkan hilangnya fungsi jantung (untuk mengepam darah) secara mengejut. Jika tidak dirawat (dalam beberapa minit) akan menyebabkan kematian

Image result for normal ecg lead ii
Rentak jantung normal
Kebanyakan kes jantung terhenti (cardiac arrest) berpunca dari fibrilasi ventrikel (ventricular fibrillation)


Image result for ventricular fibrillation
Rentak fibrilasi ventrikel
Fibrilasi ventrikel adalah rentak jantung yang begitu laju, tidak sekata, yang bermula pada bahagian bawah jantung yang mengepam darah. Keadaan ini menyebabkan ventrikel jantung cuma "bergegar" dengan tidak teratur dan gagal mengepam darah




Dalam situasi ini jantung mesti di-defibrilasi dengan cepat kerana peluang mangsa untuk hidup berkurang 7-10 peratus dengan setiap 1 minit yang berlalu
























Kenapa AED penting?

Kerana lebih ramai orang boleh respons kepada kes-kes kecemasan yang memerlukan defibrilasi.
Lebih banyak nyawa yang boleh diselamatkan sebelum mangsa dirawat oleh ahli kecemasan terlatih atau dihantar ke hospital
























Siapa yang boleh menggunakan AED?

Sesiapa sahaja- Polis, bomba, pengawal keselamatan, orang awam yang telah dilatih untuk tahu mengendalikan alat tersebut




No comments:

Post a Comment